..budak² ni dh hari2 main game perang2 mcm Counter Strike tu hehe.. masa ni la dorang kata nak bt praktikal...
Usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan Negara Islam (IS) di Syria yang kononnya atas dasar jihad semakin agresif apabila ia turut dikesan cuba mencari mangsa dalam kalangan pelajar sekolah.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata, individu yang giat menjalankan kegiatan itu melalui Facebook menyasarkan golongan ini memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.
“Trend rekrut gadis melalui Facebook amat membimbangkan dengan golongan yang dicari berusia antara 15 dan 30 tahun. Kita ada kesan pelajar sekolah menengah juga cenderung untuk berjihad selepas dipujuk melalui Facebook. (Kosmo)
0 comments:
Post a Comment